Who's On9 Now?

Buat ketuk ketampi pun boleh LEPAS???? Terbaek~

PETALING JAYA: Wanita yang pernah dikaitkan dengan insiden ketuk ketampi dalam keadaan bogel, Hemy Hamisa Abu Hassan Saari, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan memiliki dadah. Majistret Nor Afidah Idris membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Zahra Ramli, gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah turut membuat keputusan membebaskan empat lagi tertuduh termasuk suaminya, Kamarul Hamri Mohd Latif, 27, terhadap pertuduhan yang sama.



Mengikut pertuduhan Hemy Hamisa, 28 dan Kamarul Hamri serta tiga lelaki lain iaitu Azman Mohd Nor, 32, Salman Al Mujahid, 27 dan Juan Caesan Mohamad, 32, didakwa memiliki 10.19 gram syabu di Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 1 & 2 pada 1.45 pagi, 29 Jun 2005.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Dalam keputusan itu, Nor Afidah berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan di dalam kawalan dan penjagaan serta dalam pengetahuan kesemua tertuduh.

"Mahkamah juga berpendapat pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan terperinci terhadap semua tertuduh, termasuk tidak memeriksa Hemy Hamisa ketika serbuan, sekali gus mewujudkan kelompongan," katanya.
Ibu kepada tiga anak yang diwakili peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, ketika ditemui, melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah itu.

Seramai enam saksi dipanggil memberi keterangan dalam prosiding perbicaraan itu.

Pada 29 Ogos 2006, suri rumah itu memfailkan saman dengan menamakan Mohd Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel), yang didakwa membuat rakaman tersebut ketika dia sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian, dan kerajaan selaku responden.

Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Bagaimanapun pada 27 Julai lalu, kes itu diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju berbuat demikian. - BERNAMA

P/S: Buat benda nie pun blh mlepaskan diri drpd dhukum??? Mcmn yg dh dhukum gantung smpai mati 2?? Siap kna rakam lg...knp plk nk rakam sedangkn dh ada saksi??? Manusia2...