Who's On9 Now?

...Ular Sawa Menjadi Pembunuh Upahan...

KUALA LUMPUR: Seorang buruh am ditahan kerana meletakkan ular sawa sepanjang tiga meter di depan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, semalam. Ular tersebut dimasukkan ke dalam satu bungkusan plastik yang diikat.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh, berkata kejadian itu dilaporkan berlaku jam 9.40 malam tadi dan lelaki itu yang berumur 22 tahun kemudiannya ditahan oleh penyelia berkenaan.

(Gambar Hiasan)

"Penyelia tersebut yang berumur 28 tahun ternampak seorang lelaki meletakkan satu bungkusan plastik di hadapan pintu masuk rumahnya di tingkat lapan PPR itu, dan kemudian melarikan diri.

"Beliau kemudian mengejar lelaki tersebut dan berjaya menangkap lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini sambil menambah motif sebenar perbuatannya itu masih disiasat.

Buruh tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, Mohan berkata polis telah menahan 12 orang termasuk empat wanita serta merampas beberapa jenis dadah di sebuah vila di Jalan Ampang, di sini, awal pagi tadi.
Beliau berkata, kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 33 tahun ditahan sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras jam 12.20 pagi tadi.

"Bertindak atas laporan daripada orang awam yang mengatakan terdapat parti di vila tersebut dan mereka yang menyertainya menggunakan dadah, polis menyerbu lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan, kita berjaya merampas lima biji kapsul ekstasi, 32 biji pil ekstasi dan satu biji pil Eramin 5," katanya.

Menurutnya, lapan daripada 12 yang ditahan positif dadah dan kesemua mereka kini ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama empat hari bermula hari ini. - BERNAMA

P/S: Kalo mama Fdk nampak ular nh cmfirm, comfirm, COMFIRM!!! Pengsan~ XD