Who's On9 Now?

Adakah Ia Seperti yg Kita Fikirkan????

KAHERAH :
Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai
seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir,
Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sana pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku
dekat Dataran Tahrir di sana pada awal pagi.

Dalam imej tersebut,
bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu
seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta
di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan
sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat
dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan
ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube..

P/S:
U all rsa ia hnya pantulan cahaya kilat camera 2??
Kalo betul lh ia adalah pancaran kilat camera...
Xkn lh smpai trbentuk mcm 2...
Apa pndpt u all ttg pix 2...?