KOTA KINABALU: Kebakaran di janakuasa bebas (IPP) di Sepanggar, Stesen Janakuasa ARL Tenaga, tengah hari tadi merosakkan satu daripada empat tangki menyimpan minyak di situ. Tangki yang rosak itu memuatkan 88,643 liter "medium fuel oil" (MFO).
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Endi Sherimi Azmi, berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.(Sekadar Gambar Hiasan)
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari dan jentera serta anggota bomba dari tiga balai bomba iaitu Kota Kinabalu, Jalan Lintas dan Tuaran tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.
"Api berjaya dikawal pada 1.29 petang dan padam sepenuhnya pada 2 petang. Satu tangki rosak namun tiga lagi tangki dapat diselamatkan.
"Kira-kira enam jentera dan 44 orang terbabit dalam operasi ini termasuk bantuan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar, 'emergency response team' (ERT) jawatankuasa Sepanggar dan pusat latihan bomba Sepanggar," katanya ketika dihubungi.
Mengenai anggaran kerugian dari kebakaran tersebut, beliau berkata ia hanya akan dipastikan selepas penyiasatan selesai.
Jurucakap bagi stesen janakuasa itu ketika dihubungi berkata pihaknya juga belum membuat anggaran rasmi, namun nilai seliter minyak ditetapkan pada RM2.20.
Katanya, ini bermakna jangkaan kerugian adalah dalam lingkungan RM195,000.
Sementara itu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam satu kenyataan, menyatakan kebakaran di IPP itu akan memberi impak terhadap kapasiti janaan bekalan elektrik di Sabah.
Stesen janakuasa itu yang beroperasi sejak tahun 1994, mempunyai keupayaan janaan sebanyak 33 Megawatt (Mw) dan antara stesen yang membekalkan tenaga elektrik secara pukal dan berterusan kepada sistem rangkaian grid Sabah.
"Walau bagaimanapun, pihak SESB akan berusaha mengurangkan impak gangguan bekalan elektrik ekoran kehilangan kapasiti janaan kepada pengguna, ke tahap yang paling minimum seperti pengurusan beban pengguna atau 'demand side management'.
"Tindakan ini juga adalah bagi memastikan dan mengekalkan kestabilan sistem rangkaian grid Sabah," katanya. - BERNAMA