Who's On9 Now?

Polis Malaysia memberi amaran kepada Malaysians Facebookers & Twitters!!!

ALOR SETAR: Polis menasihatkan pengguna internet supaya berhati-hati dengan perangkap cinta siber yang semakin aktif di negeri ini, terutama membabitkan hubungan perkenalan melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang akhirnya menyebabkan mangsa kerugian ribuan ringgit. Perkara itu didedahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah selepas mengesan 21 kes jenayah siber yang direkodkan sehingga Julai lalu dengan tujuh tangkapan dibuat, berbanding 20 kes tahun lalu.
Ketua JSJK Kedah Superintendan Nasbah Jusoh, berkata pengguna internet perlu lebih peka dengan taktik jenayah siber kerana perbuatan mendedahkan butiran peribadi kepada orang asing selain mempercayai kekasih siber hanya akan menjerat diri sendiri.
"Kita mengesan kes jenayah siber termasuk hubungan cinta menerusi Facebook semakin serius di negeri ini, termasuk menggunakan gambar gadis cantik yang dipaparkan pada profil pemegang akaun untuk menjerat lelaki kemaruk cinta dengan tujuan untuk mendapatkan wang.

"Apa yang peliknya dalam kebanyakan kes, mangsa sanggup menghabiskan wang untuk menawan hati kekasih siber mereka walaupun percintaan mereka hanya di alam maya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Nasbah berkata, polis turut mengesan 26 kes membabitkan sindiket penyamaran sebagai pegawai bank yang mensasarkan penjawat awam dan pekerja swasta sebagai mangsa dengan nilai kerugian mencecah RM324,000 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Katanya, modus operandi sindiket itu ialah menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai wakil bank sebelum memaksa mereka membayar sejumlah wang kononnya baki kad kredit bagi mengelak tindakan undang-undang diambil.
Beliau berkata, jumlah jenayah itu meningkat berbanding 23 kes tahun lalu dengan nilai kerugian mencecah RM281,000 dengan dua tangkapan dilakukan.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai mana-mana pihak yang mengaku wakil daripada institusi perbankan yang menuntut bayaran dibuat atas nombor akaun persendirian bagi mengelak menjadi mangsa," katanya.

P/S: Fdk xpernah tipu duit org n pix yg Fdk guna skrg mmg diri Fdk...After pkai make-up stebal 5inchi lh... ^^