Who's On9 Now?

Menantu = Pelacur @ Mati


KABUL:
Remaja tempatan berusia 15 tahun yang diseksa dengan kejam selama beberapa bulan oleh keluarga mentua selepas gagal memaksanya menjadi pelacur akan dihantar ke India untuk menerima rawatan perubatan,
kata seorang pegawai Afghan semalam.

Ibu mentua Sahar Gul dan kakak iparnya ditahan,
manakala suaminya diburu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi.
Kes berkenaan menggegarkan Afghanistan,
walaupun aktivis hak asasi berkata penderaan serius ke atas wanita dan gadis dalam masyarakat konservatif adalah biasa.

Presiden Hamid Karzai berkata sesiapa saja yang mendera Gul akan dihukum.
Menurut pihak berkuasa di wilayah timur laut Baghland,
keluarga mentua mengurung Gul dalam bilik bawah tanah selama enam bulan,
mencabut kukunya, menderanya dengan seterika panas dan mematahkan jarinya.
Polis membebaskannya minggu lalu.

Menteri Kesihatan Awam dan Hal Ehwal Wanita melawat Gul
yang kini berada di sebuah hospital di sini.

Mangsa dibebaskan dari bilik bawah tanah rumah suaminya minggu lalu
selepas pak ciknya menelefon polis.

"Ia perbuatan kejam yang tidak boleh diterima dalam abad ke-21,"
kata Sediqi kepada media.

"Kami berterima kasih kepada pak cik Sahar Gul."

Beliau menambah jika polis tidak sampai tepat pada masanya mangsa mungkin mati.
Gul berkahwin kira-kira tujuh bulan lalu.
Jawad Basharat, jurucakap Ketua Polis Wilayah di Baghlan berkata
satu waran tangkap dikeluarkan untuk suaminya yang berkhidmat
dalam tentera Afghanistan.

"Selepas polis mengetahui mengenai Sahar Gul,
mereka mengambil tindakan dan menjumpainya dalam bilik bawah tanah rumah berkenaan dalam keadaan teruk,"
kata Basharat.

"Kukunya dicabut, dia cedera di semua bahagian tubuhnya, ada tanda lecur,
dia menderita akibat pelbagai jenis kecederaan."

"Ibu mentua dan anggota lain keluarga berkenaan dilaporkan terbabit dalam apa yang digambarkannya sebagai aktiviti jenayah,"
katanya yang termasuk menjual arak dan pelacuran. – AP

P/S:
Apo nk jadi dgn manusia skrg...
Menantu sndiri pun djadikn sbagai pelacur...
Mana perginya sifat PERIKEMANUSIAAN skrg nh...
Baik hukum bunuh je org2 mcm nh...
Sampah masyarakat!!!
Mnyemak je dlm dunia nh...