Who's On9 Now?

Breakfast yg MEMBUNUH

(Sekadar Gambar Hiasan)

JOHOR BAHRU:
Sarapan seorang pekerja kedai keranda berakhir tragedi pagi semalam,
apabila mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak dari jarak dekat oleh penyerang bersenjatakan pistol di sebuah restoran,
di sini semalam.

Kejadian berlaku jam 7.13 pagi di sebuah restoran di Jalan Nakhoda,
Taman Tun Ungku Tun Aminah,
ketika mangsa, Ong Chin Loo, 48,
menikmati sarapan bersama majikan dan seorang rakan sekerja.
Mangsa terkulai mati di tempat kejadian, sebaik terkena beberapa das tembakan jarak dekat yang dilepaskan penyerang sejurus menghampiri meja mangsa selepas memasuki restoran berkenaan dengan memakai topi keledar.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim,
berkata penyerang bersenjata itu dipercayai datang ke restoran berkenaan menunggang motosikal,
yang diletakkan di belakang premis itu.

"Penyerang terbabit memasuki restoran berkenaan tanpa membuka topi keledar yang dipakainya dan bertindak melepaskan tembakan sejurus mendekati mangsa. "

"Selain mangsa yang mati serta- merta di tempat kejadian, seorang pelanggan yang berada dalam restoran berkenaan turut cedera ringan terkena serpihan tembakan."

"Selepas menembak mangsa, suspek lari mendapatkan motosikalnya dan meninggalkan lokasi kejadian, "

katanya di lokasi pembunuhan itu, semalam.
Ismail berkata,
siasatan polis di restoran itu menemui enam kelongsong peluru,
dipercayai dilepaskan menggunakan pistol automatik.

"Dua lelaki ditahan untuk membantu siasatan dan polis sedang mengkaji rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata,
kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

"Polis masih menyiasat motif pembunuhan dari pelbagai sudut dan mengesan suspek yang melepaskan tembakan," katanya.

P/S:
PERGH!!!
Org tgh sarapan pun kna tembak...
Bahaya beno nh...
Pengajarannya,
Jgn sarapan kat luar...
Sarapan lh kat dlm umah...