Who's On9 Now?

7 PETANDA PASANGAN SERASI

1) Selalu ada di samping anda…

 Walaupun kadang kala anda tidak begitu memahami dirinya yang terlalu kompleks @ terlalu berbeza dengan diri anda namun dia punya stu yang istimewa. Dia selalu ada dalam apa jua keadaan sekalipun..

 Baik ketika anda berada dalam suka, duka mahupun kecewa. Ingatkan kembali, adakah dia orang pertama yang memberikan bantuan ketika anda dalam kesusahan? Adakah dia oran yang ada di sisi anda ketikaanda dalam kesedihan? Adakah dia orang yang member peransang kepada anda ketika anda dalam kekecewaan? Adakah dia sentiasa mengambil berat keadaan yang sakit?

 Jika dia ada dalamn setiap situasi ini maka tidak syak lagi dia adalah pasangan yang terbaik untuk diri anda. Hanya merka yang menghargai dan menyayangi anda saja akan setia berada di sisi dalam menempuh segala keadaan ini.

2) Sering membantu anda…

 Anda dan dia saling dapat membantu antara satu sama lain, bukan saja dalam urusan kecemasan, kewangan tapi juga dalam hal-hal yang paling remeh sekalipun seperti membaiki singki dapur yang tersumbat.

 Paling penting anda dapat melalui segala aspek kehidupan bersama-sama dan semua ini anda lalui dengan perasaan yang amat menyenangkan meskipun tidak melibatkan orang lain. Anda berdua boleh mengharap pada pasangan anda dalam apa jua keadaan.

3) Berkongsi jiwa & emosi anda…

 Pernah @ tidak ketika anda berdua tidak bersapa selama beberapa hari kerana merajuk tapi kemudian bosan dan menghubungi pasangan. Dalam masa yang sama dia juga menghubungi anda @ pernahkah ketika anda teringatkan pasangan anda, telefon bimbit anda berdering menerima panggilan daripada dirinya.

 Ini semua adalah tanda anda berkongsi pancaindera ke-6 bersama pasangan anda. Tanda anda dan dia sebenarnya berkongsi jiwa dan emosi. Perasan rindu, dapat membaca tindakan @ menduga reaksi pasangan pada situasi tertentu adalah anugerah yang tidak ternilai harganya pada pasangan yang telah dijodohkan bersama.

4) Tidak membosankan anda…

 Imbas kembali bagaimana perasaan diri anda bila bersama dengan pasangan. Bukankah anda tenang, selesa dan bahagia ketika bersamanya? Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tidak pernah membuatkan anda bosan.

 Malah anda sentiasa menunggu bila waktu untuk bertemunya. Paling penting bukan anda seorang saja yang berasa sedemikian tapi pasangan anda juga begitu. Boleh dikatakan kehidupan anda sehari tidak lengkap tanpa kehadiran diri pasangan anda.

5) Tidak kisah tentang sejarah silam anda…

 Diri anda yang dikenali oleh pasangan anda satu ketika dulu adalah diri anda sekarang. Dia tidak peduli dengan masa lampau anda dengan kekasih anda terdahulu. Dia juga tidak malu-malu untuk menceritakan masa lalunya. Dia tidak kisah dengan latar belakang keluarga anda ataupun pengalaman lampau anda.

 Kalau begitulah sikap pasangan anda terhadap diri anda bermakna dia memang amat mnyintai anda dengan seadanya. Bukan kerana harta, darjat atau rupa tetapi kerana diri anda yang sebenarnya. Jadi mengapa perlu pening kepala memikirkan si dia serasi @ tidak dengan anda?

6) Jujur dengan diri masing-masing…

 Setiap orang dilahirkan tidak sempurna, pasti ada kekurangan yang dimilik. Begitu juga andan dan pasangan anda. Namun petanda anda dan dia pasangan serasi adalah bila dia tidak malu-malu mengakui kekurangannya. Samalah dengan anda sendiri, anda tidak malu atau tidak ego untuk menyatakan kekurangan anda.

 Bahka ketika anda tampil tidak menarik (ketika sakit) di hadapan dirinya sekalipun dia tidak kisah. Dia telah menrima anda seadanya. Jika beginilah ikatan hubungan anda sememangnya anda ditakdirkan untuk bersamanya.

7) Tiada rahsia antara satu sama lain…

 Antara anda berdua tiada lai rahsia. Tiada kawan-kawan @ kaum keluarga yang mampu menyimpan rahsia seperti pasangan anda. Dia adalah tempat anda mencurahkan segal-galanya daripada masalah peribadi, kerja dan juga tentang rakan-rakan. Malah anda juga berkongsi gossip terbaru dengan dirinya.

 Begitu juga dengan dirinya. Dia turut berkongsi rahsia paling dalam dengan anda tanpa sedikit pun perasaan ragu. Dia yakin bahawa anda akan menyimpannya sebaik mungkin. Kepercayaan ini adalah satu lagi tanda keserasian anda berdua.